CARA MEMILIH DAN MEMAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL KETIKA BERPANTANG – Mamaway Malaysia

Warehouse Migration Notice Apr16-18. Delay order fulfillment may happen. We appreciate your patience and apologize for the inconvenience.

CARA MEMILIH DAN MEMAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL KETIKA BERPANTANG

 

Berbengkung semasa berpantang adalah salah satu amalan adat Melayu yang masih kekal sehingga hari ini. Walaupun ramai yang mengamalkannya dengan tujuan lebih mengharapkan tubuh badan kembali ke bentuk seperti sebelum melahirkan anak, berbengkung semasa pantang mempunyai banyak faedah lain.

Antara faedah berbengkung termasuklah membuang angin dalam badan, melancarkan proses pengeluaran darah kotor serta membantu menguatkan tulang belakang dan banyak lagi. Dari pengalaman Mama Siti sendiri, Mama Siti sangat menggalakkan amalan berbengkung ini. 

 

Mama Siti yakin, ramai mama di luar sana yang mempunyai pelbagai persoalan tentang bengkung. Terutamanya bagi yang pertama kali menjadi mama, mereka yang terpaksa melahirkan melalui pembedahan C-sec mahupun mama-mama yang terpaksa berpantang sendirian kerana tiada peneman dan suami yang tidak dapat membantu kerana bekerja di siang hari.

Hari ni, Mama Siti nak kongsikan cara-cara berbengkung dan memilih bengkung yang terbaik buat mama. 

Cara-cara Berbengkung Yang Betul

1. Waktu Berbengkung

Bagi mendapatkan kebaikan dan efek berbengkung, mama digalakkan berbengkung sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam selepas bersalin. 

Mama digalakkan untuk berbengkung sepanjang hari dan malam, melainkan sewaktu mandi semasa berpantang sekurang-kurangnya selama 6 hingga 8 minggu. Berbengkung ini baik untuk wanita, jadi kalau hendak mengamalkan dengan lebih lama atau selepas habis waktu berpantang pun tak menjadi masalah.

2. Saiz Bengkung

 


Sumber: hmetro.com.my

Hari ini, ada banyak penjualan set bengkung untuk wanita lepas bersalin, baik di kedai atau secara dalam talian yang mempromosikan bengkung ‘satu saiz untuk semua’ (one size fits all). Mama Siti mohon mama semua tidak termakan dengan taktik pemasaran sebegini. 

Pemakaian bengkung tanpa mengikut saiz badan mama tidak akan memberi kesan yang sepatutnya ketika berbengkung. Malah, mungkin akan lebih memburukkan keadaan. Saiz bengkung yang terbaik adalah yang menutup semua bahagian abdomen, tidak terlalu ketat atau tidak terlalu longgar. Bengkung yang terlalu ketat boleh menyebabkan buasir. 

panduan yang betul untuk memakai bengkung

Memakai bengkung di posisi terlalu tinggi sebaik sahaja selepas melahirkan bayi akan menyebabkan uterus mengecut dan boleh mengakibatkan uterus prolapse atau jatuh rahim. Bagi mama yang melahirkan melalui pembedahan C-sec, dinasihatkan untuk membalut luka dari pembedahan dengan baik untuk menstabilkan luka dalaman dan pada waktu yang sama membantu dalam pemulihan uterus. Setelah pulih sepenuhnya, bolehlah gunakan bengkung melitupi bahagian abdomen untuk kesembuhan otot abdomen.

3. Penggunaan Herba Semasa Berbengkung 

Orang Melayu lama banyak mengamalkan pengambilan herba dan akar kayu semasa berpantang, baik dengan memakan ataupun sekadar melumur di badan. 

Sekarang, sudah ada krim atau minyak sapu dengan ramuan herba dan akar kayu yang boleh dibeli untuk digunakan semasa berpantang. Minyak sapu dan krim ini membantu memanaskan badan, mengeluarkan angin dalam badan serta membantu aliran darah. 

Jika mama hendak berbengkung, seeloknya lapik kain bengkung dengan daun pandan atau daun mengkudu yang dilayur api. Sapu sekitar abdomen mama dengan minyak sapu atau krim herba dan kemudian, pakai bengkung tersebut. Kaedah ini akan memberi efek yang lebih berkesan. 

Tips Memilih Bengkung Yang Betul

Berbengkung semasa berpantang bukan setakat melilit selembar kain di sekeliling perut mama. Ia memerlukan penelitian dan remeh jika terpaksa dilakukan berseorangan, tanpa sebarang bantuan. Buat mama yang pertama kali menjadi ibu ataupun mama yang berpantang sendirian, mungkin ini agak menyukarkan. 

Selain itu, mama yang melakukan pembedahan C-sec tidak boleh berbengkung serta-merta jika mama menggunakan bengkung ikat secara tradisional. Mama kena pastikan luka pembedahan benar-benar pulih sebelum berbengkung.

Atas beberapa kekangan inilah, Mama Siti lebih selesa memilih bengkung moden iaitu Mamaway Belly Band. Kenapa? 

Keselesaan, Keberkesanan dan Keunikan Mamaway Belly Band

#1 Sesuai Untuk Semua

Bengkung moden Mamaway Belly Band ini sesuai digunakan oleh SEMUA ibu yang berpantang, sebaik sahaja selepas melahirkan, termasuklah yang melahirkan melalui pembedahan C-sec. Ya, apabila Mama Siti dapat tahu bengkung Mamaway Belly Band ini boleh digunakan serta-merta oleh semua ibu, Mama Siti tak sabar hendak berkongsi maklumat ini dengan mama semua!

Penggunaan bengkung untuk mama yang melahirkan anak melalui pembedahan C-sec dapat membantu menstabilkan luka pembedahan dan memudahkan untuk mama bergerak tanpa memberi tegangan dan tekanan pada otot abdomen. Inilah sebabnya bagus untuk digunakan sebaik sahaja sehari selepas pembedahan. Bengkung Mamaway Belly Band didatangi dengan pelekat velcro yang membolehkan mama melaraskan saiznya mengikut keseseuaian dan keselesaan semasa memakainya.

#2 Selesa Digunakan Untuk Jangka Masa Panjang

 

Reka bentuk yang teliti dan dengan mengaplikasikan teknologi tertinggi dalam penciptaannya, bengkung Mamaway Belly Band ini tidak menyesakkan dan sangat selesa untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Malah, sangat sesuai sekiranya mama mahu menyapu krim di sekitar abdomen sebelum memakainya.

#3 Pelbagai Saiz dan Mudah untuk Dipakai

Bengkung Mamaway Belly Band ini didatangi dengan pelbagai saiz. Jadi, mama bolehlah memilih saiz yang bertepatan dengan mama.

 

Ia membantu menyokong abdomen dan tulang belakang yang telah ‘bekerja-keras’ selama hampir 9 bulan 10 hari dan perlu direhatkan semasa berpantang dengan berbengkung.

Bengkung Mamaway Belly Band ini sangat mudah untuk digunakan. Jadi, mama tak perlu risau untuk mendapatkan bantuan suami atau orang lain ketika hendak berbengkung. 

#4 Berkualiti Tinggi

Dengan memikirkan keadaan kulit mama selepas bersalin, bengkung Mamaway Belly Band diperbuat daripada material dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, menjadikannya sangat berbaloi untuk dimiliki. Untuk mama yang berkulit sensitif terutamanya, anda tidak perlu risau kerana ia tidak akan menyebabkan alahan kulit atau ruam yang sering terjadi jika menggunakan bengkung lain. 

Kebanyakan bengkung akan cepat longgar dan tergulung di bahagian hujungnya akibat frekuensi pemakaian setiap hari. Para penyelidik yang menghasilkan Bengkung Mamaway Belly Band cakna akan perihal ini dan telah mencipta bengkung berkualiti tinggi bagi memastikan hal ini tidak berlaku pada bengkung Mamaway. 

 

Diperbuat daripada material baldu hitam, bengkung Mamaway Belly Band ini sangat lembut pada kulit. Jika mama ingin menyapu krim pada perut, sebaiknya mama menggunakan bengkung ini di luar pakaian yang sedang mama gunakan.

Pastinya, mama akan duduk, membongkok dan berbaring dengan selesa dalam menjalani hari-hari berpantang. Sudah tentulah ketika melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan berbengkung bukanlah sesuatu yang memudahkan. Bengkung biasa atau bengkung jenama lain akan mudah berkedut.

Bengkung moden Mamaway Belly Band direka dengan tekstur lembut dan memudahkan serta membuat mama selesa mengikut bentuk badan dan pergerakan tubuh mama. Malah, Mama juga tidak perlu risaukan keberkesanan pelekat velcro dalam apa jua keadaan kerana ia masih boleh berfungsi dengan baik.

#5 Teknologi Terkini

 

Bagi efek bengkung yang lebih berkesan, Mamaway Belly Band juga menggunakan teknologi inovatif infrared, serta antibakteria dan antibau. Ternyata ini sangat membantu mama berpantang dengan berbengkung. 

 

Bengkung moden Mamaway ini bukan hanya boleh digunakan untuk mama yang sedang berpantang sahaja. Memandangkan ia mengandungi sinar far-infrared, mama boleh saja menggunakan bengkung ini selepas habis pantang, semasa kedatangan haid malah apabila mama memerlukan sokongan selesa untuk postur dan belakang mama yang sering lenguh.

Ada banyak lagi kebaikan Mamaway Belly Band ini. Mama boleh mendapatkan Mamaway Belly Band di Motherhood.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai bengkung Mamaway Belly Band, layari laman rasminya hari ini.

 

sumber: Kelabmama


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published