Soalan-soalan Tentang Buku Pink / Buku Merah (Rekod Kesihatan Ibu Hami – Mamaway Malaysia

Soalan-soalan Tentang Buku Pink / Buku Merah (Rekod Kesihatan Ibu Hamil di Malaysia)

Buku pink/ Buku merah bertujuan untuk merekodkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ibu mengandung. Ibu-ibu baru boleh mendapatkan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) dan mendapatkan buku pink / buku merah.

Sini Mamaway berkumpulkan soalan-soalan tentang buku pink/ buku merah.

1. Apa kegunaan buku pink/ buku merah?
  • Rekod ini diberikan kepada kes baru ibu hamil yang pertama kali datang ke klinik kesihatan / hospital untuk pendaftaran.
  • Rekod ini disimpan oleh ibu dan perlu dibawa setiap kali menghadiri pemeriksaan sama ada di klinik / hospital kerajaan atau pun swasta.
  • Semua pihak yang memberi penjagaan kesihatan ibu hamil hendaklah mendokumentasikan maklumat dalam rekod kesihatan ibu. Maklumat-maklumat ini adalah untuk menilai kemajuan kehamilan ibu.
  • Pastikan penerangan yang mencukupi diberi kepada ibu mengenai kepentingan menyimpan rekod ini dan membawanya ke mana sahaja ia pergi untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
  • Sekiranya rekod ini hilang, satu rekod yang baru hendaklah diberikan kepada ibu dengan segera. 

2. Kalau nak bersalin di hospital swasta, bolehkah saya mendaftar buku pink/ buku merah? 
Boleh, tidak kisah ibu merancang bersalin di hospital kerajaan atau swasta, semasa berdaftar and buat pemerikssan di KKIA, ibu akan dapat buku pink/ buku merah.  

3. Apa yang saya perlu sedia semasa berdaftar di KKIA?
Sila bawa dokumen:
  1. Kad pengenalan (IC)
  2. Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
  3. Bil air / eletrik untuk mengesahkan alamat rumah anda.
  4. Surat rujukan dari doktor atau klinik lain (jika ada).

4. Perlukah bayaran untuk pemeriksa prenatal di KKIA? 
Pendaftaran kali pertama adalah percuma bagi warganegara. Anda mungkin perlu membayarkan pendaftaran sebanyak RM5 jika kes dirujuk kepada pakar.

5. Apa yang akan rekod di dalam buku pink/buku merah saya? 
Temu janji anda akan direkod dalam buku pink/merah untuk rujukan anda. Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR) juga akan direkod di dalam buku pink anda. 
  • Data pengenalan diri ibu
  • Data pengenalan suami
  • Perihal kandungan lalu
  • Ujian saringan antenatal
  • Riwayat kesihatan ibu dan keluarga
  • Status imunisasi 
  • Perihal kandungan semasa
  • Borang kebenaran untuk pengambilan darah bagi saringan antenatal
  • Panduan sistem kod warna penjagaan antenatal
  • Senarai semak pengendalian ibu hamil 
  • Carta pemantauan Hb 
  • Carta pemantauan tekanan darah 
  • Pemantauan tekanan darah dan tanda simptom preeklampsia
  • Senarai semak kriteria pengambilan ujian MGTT 
  • Pemantauan kawalan glukos dalam darah (BSP)
  • Keputusan Pemeriksaan Ultrasound
  • Carta tumbesaran janin
  • Carta pergerakan janin
  • Pemeriksaan kandungan semasa
  • Maklumat kemasukan ke hospital
  • Perihal kelahiran
  • Rekod kelahiran bayi
  • Perihal postnatal - Ibu - Bayi
  • Senarai semak Pengendalian Postnatal
  • Senarai semak jaundis neonatal
  • Pemantauan kejadian jaundis neonatal 
  • Senarai semak penyusuan susu ibu
  • Jagaan postnatal di klinik
  • Pendidikan Kesihatan 
 ​
PERINGATAN: 
Sila bawa buku pink /merah anda ke mana saja anda pergi, in case anda tiba-tiba tidak sedarkan diri , pihak yang berkenaan akan tahu tentang sejarah kehamilan anda dan amat membantu untuk sebarang keputusan yang akan dibuat.
(Kandungan ke berapa, yang ke berapa minggu, sesuai untuk kelahiran yang bagaimana)
Read more: 
Can you eat barley when you’re pregnant?


Recommend produk untuk ibu mengandung:

3 comments

  • Hai saya nak tanya,sekarang ni saya tengah pregnant anak ke 4.Kandungan saya 7 minggu.Dan saya sudah pun buat buku merah di klinik berhampiran rumah saya.Tapi buku merah tu saya masih tak dapat kat tangan saya.Memang ambik masa ke untuk dapatkan buku merah tu?

    suriati bt hashim
  • Blh cuba telefon Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara
    Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri

    Telefon: 03-8000 8000

    Mamaway Malaysia
  • Hi..sy nk tnya..mcm mna nk doatkn buku merah klaw buku tu hilg lepas ank brsalin..dan x sempat pon buat surat branak..buku x ad sbb tu sy buat surat branak smpai ank sy skrg dh berusia 3 thun..tlg sayaa..tolg jlaskn..tma ksh

    Lia

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published