Soalan-soalan Tentang Buku Pink atau Buku Merah

Soalan-soalan Tentang Buku Pink atau Buku Merah

Buku Pink/Buku Merah bertujuan untuk merekodkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ibu mengandung. Ibu-ibu baru boleh mendapatkan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) dan mendapatkan Buku Pink/Buku Merah.

Soalan-soalan Tentang Buku Pink atau Buku Merah

Sini Mamaway berkumpulkan soalan-soalan tentang Buku Pink/Buku Merah.

1. Apa kegunaan Buku Pink/Buku Merah?

  • Rekod ini diserahkan kepada ibu hamil baru yang mendaftar untuk rawatan pertama kali di klinik kesihatan atau hospital.
  • Rekod ini perlu disimpan oleh ibu dan dibawa ke setiap temu janji, sama ada di klinik atau hospital kerajaan atau swasta.
  • Semua pemberi penjagaan kesihatan ibu hamil perlu mendokumentasikan malukmat dalam rekod kesihatan ibu untuk menilai kemajuan kehamilan.
  • Pastikan ibu diberi penerangan yang mencukupi mengenai pentingnya menyimpan rekod ini dan membawanya untuk pemeriksaan dan rawatan seterusnya. Jika rekod hilang, rekod baru hendaklah diberikan dengan segera.

2. Jika ingin bersalin di hospital swasta, bolehkah saya mendaftar Buku Pink/Buku Merah? 

Boleh, tidak kisah ibu merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, semasa mendaftar and membuat pemerikssan di KKIA, ibu akan diberi Buku Pink/Buku Merah.  

3. Apa yang saya perlu sediakan semasa berdaftar di KKIA?

Sila bawa dokumen:

  1. Kad pengenalan (IC)
  2. Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
  3. Bil air/eletrik untuk mengesahkan alamat rumah anda.
  4. Surat rujukan dari doktor atau klinik lain (jika ada).

4. Perlukah bayaran untuk pemeriksaan prenatal di KKIA?

Pendaftaran kali pertama adalah percuma bagi warganegara. Anda mungkin perlu membayar pendaftaran sebanyak RM5 jika kes dirujuk kepada pakar.

5. Apa yang akan direkodkan di dalam Buku Pink/Buku Merah saya?

Temujanji anda akan direkod dalam Buku Pink/Buku Merah untuk rujukan anda. Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR) dan juga akan direkod di dalam Buku Pink anda. 

  • Data pengenalan diri ibu
  • Data pengenalan suami
  • Perihal kandungan lalu
  • Ujian saringan antenatal
  • Riwayat kesihatan ibu dan keluarga
  • Status imunisasi 
  • Perihal kandungan semasa
  • Borang kebenaran untuk pengambilan darah bagi saringan antenatal
  • Panduan sistem kod warna penjagaan antenatal
  • Senarai semak pengendalian ibu hamil 
  • Carta pemantauan Hb 
  • Carta pemantauan tekanan darah 
  • Pemantauan tekanan darah dan tanda simptom preeklampsia
  • Senarai semak kriteria pengambilan ujian MGTT 
  • Pemantauan kawalan glukos dalam darah (BSP)
  • Keputusan Pemeriksaan Ultrasound
  • Carta tumbesaran janin
  • Carta pergerakan janin
  • Pemeriksaan kandungan semasa
  • Maklumat kemasukan ke hospital
  • Perihal kelahiran
  • Rekod kelahiran bayi
  • Perihal postnatal – Ibu – Bayi
  • Senarai semak Pengendalian Postnatal
  • Senarai semak jaundis neonatal
  • Pemantauan kejadian jaundis neonatal 
  • Senarai semak penyusuan susu ibu
  • Jagaan postnatal di klinik
  • Pendidikan Kesihatan 

PERINGATAN: 

Sila bawa Buku anda ke mana-mana anda pergi. Jika anda tiba-tiba tidak sedarkan diri, pihak berkenaan akan mempunyai maklumat mangenai sejarah kehamilan anda, yang dapat membantu dalam membuat keputusan. Ini termasuk mengenal pasti kandungan beberapa, berapa minggu kehamilan anda, dan jenis kelahiran yang sesuai.

Shop Mamaway Support Belt
Mamaway Member Sign Up




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *